Followers

Wednesday, October 28, 2009

Jom Berhibur Jap

Hai keng kawan....Aku penah dapat video ni dari seorang kawan...Bila tgok jadi syok plak...terserlah ke kreatifan si pembuat nya.....tak tau la korang berminat ke tak...tapi x salah skali skala layan jiwang.......
Heheee..... aku ni nak layan jiwang jap...Agak2 klau korang boring2 tuh...mai la join aku skali....

Alkisahnya.....

Jeng..jeng..jeng....Heeehhheee.....
Kali ni aku nak kongsi cerita tentang suamiku yang tersayang....Suami ku ni orangnya memang rajin....Dia ni paling minat berkebun...Tahun lepas kami duduk di kawasan rumah teres...Pepaham jer lar kan....Rumah teres bukan ada ngat kawasan tuk bercucuk tanam..Yg ada pun sekangkang kera jer kat blakang umah tu...dalam 3 kaki setengah la kawasan tanah kat blakang umah....itu pun jadi gak kebun sayur suamiku itu....Kiranya merasa gak la jiran tetangga kami merasa sayur kami...Almaklum je la...makan nya berdua...banyak mana sangat je la kami ni nak makan sayur2 tuh....

Awal thn 2009, kami berpindah duduk di quarters guru yang berada dalam kawasan sekolah tempat suamiku mengajar....Aku ingatkan dia dah x dapat nak berkebun dah...rupanya....teng..teng..teng..... Lagi besar kebun sayurnya...Macam2 yg ditanam...Paling tidak aku dah x perlu beli sayur dah....




Ni masa mula2 proses penanaman.....


Ni sayur bayam merah....Suami ku saja tanam...Untuk ibuku katanya...Mak aku ni mengalami kurang darah...Jadi kami ni suruh la mak makan makanan yang bleh mendatangkan darah...Dan ada gak yang cakap bayam merah baik tuk orang yang sakit cam mak aku....

Ni plak sawi....gemuk2 kan...sape2 saja yang tengok pasti geram...Tengok ler tu...suamiku siap posing lg ngan sawi nya....

Tuesday, October 27, 2009

Hai sumer....
Haa...aku sj la nak try menu ni...nampak cam sedap jer....bleh buat minum petang nnti....

Potato Croquette

Bahan-bahan ( 8 ketul )

  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Rebus ubi kentang sehingga masak
  2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
  3. Potong dadu bawang besar.
  4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
  6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
  7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
  9. Goreng dalam minyak penuh

Thursday, October 22, 2009

Menu Hari ini.....

Hari ni aku pose...dlm kepala ni mula la fikir apa menu nak masak hari ni tuk berbuka nnti.....cari punya cari aku pun jumpa ler satu menu ni...heheee...mcm best jer...mari kita tengok.....


PIZZA KENTANG/ KAMPUNG
Sumber: Kak Browneyes

Bahan-bahannya:
  • 600 gram kentang, dibuang kulit dan dipotong dadu. Kentang direbus dengan sedikit garam. Jangan rebus terlalu empuk, angkat dan kemudian toskan.
  • 500 gram daging cincang, disangar
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit halia




C
ara membuat :
  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar.

  2. Campurkan rempah kari daging dan tumis sehingga naik minyak.

  3. Kemudian masukkan daging, garam dan serbuk perasa dan masak sehingga ia kering.

Bahan-bahannya:
  • 1 tin kacang peas
  • 2 biji bawang besar kuning (bawang jepun), dipotong bulat
  • daun sop dan daun bawang dihiris
  • 2-3 biji tomato, dipotong bulat
  • 1 tin cendawan butang, dihiris (optional)
  • 1 botol (340 gram) sos cili
  • 15 biji telur, dipukul
Cara membuat:
  1. Gunakan loyang 10 x 10 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas kertas timah (aluminium foil) dan disapu mentega lagi diatas kertas timah.
  2. Kentang yang telah direbus ditabur rata didalam loyang dan biarkan tabur serapat mungkin.
  3. Kemudian tabur daging yang telah disediakan dan ratakan dan tekan sedikit.
  4. Lapiskan pula dengan dengan kacang peas, daun sup/ daun bawang dan tekan sedikit biarkan ia mampat.
  5. Taburkan cendawan butang dan tekan lagi agar ianya kemas.
  6. Kemudian aturkan bawang berselang seli dengan tomato.
  7. Tuang sos cili tadi diatas sehingga habis. Kemudian curahkan telur yang telah dipukul diatasnya dan biarkan selama 10 – 20 minit agar telur tadi meresap betul.
  8. Kemudian barulah dibakar pada suhu 180’C selama 1 jam. Biarkan pizza betul-betul sejuk baru dikeluarkan dari loyang. Kalau nak cepat sejuk, letakkan ia dalam dulang yang diisi degnan air dan air batu.

Tapi bila abis jer aku baca semua bahan2 dan cara memasaknya nampaknya aku terpaksa la membatalkan hasratku itu....huhuhuuuuu...umah aku lum ada oven la....cemana nak bakar pizza tu....tunggu pas aku beli oven dulu ler jawabnya....

Wednesday, October 21, 2009

Pemergian.......


Salam buat semua teman2... Semalam jam 3 pm aku dan suami dalam perjalanan ke Hospital Temerloh untuk melawat seorang teman yang sedang koma...Pagi itu adikku ada memberitahu bahawa keadaan teman ku itu agak parah dan tiada harapan lagi kata doktor...Berdebar rasa hati tatkala mendengar khabar teman ku itu... Sebenarnya pada 13 okt yg lalu teman ku itu sakit nak bersalin..tapi babynya besar...lebih kurang 4kg...so doktor terpaksa membuat pembedahan....Selesai pembedahan..alhamdulillah baby selamat..ibu juga..tapi si ibu mengalami pendarahan yg agak teruk... Sekali lagi pembedahan dilakukan...dan kali ni utk buang rahim plak...doktor kata mungkin dengan buang rahim pendarahan akan ok... tapi resultnya tetap sama... So skali lagi pembedahan dilakukan...tp tiada perubahan... Teman ku kini tidak sedarkan diri dan terlantai di ICU.... So smlm aku pun ingin kesana la dengan tujuan untuk menziarah dia...Tp Allah lebih sayang dia...Ketika aku dan suami sampai di Highway Temerloh suamiku mendapat panggilan dari seorang temanku yang lain bahawa temanku yang sakit tadi telah pun meninggal dunia.... Innalillah....hanya itu yang mampu aku ucapkan....Aku agak terkilan kerana tidak sempat bertemu denganya... Sesampai di Hospital Temerloh...ramai juga teman2 kerja nya yang lain turut menunggu di lobi hospital yang bertujuan untuk menziarahinya tetapi juga tidak berkesempatan....kami hanya dapat melihat sekujur tubuh kaku yang dah dilitupi kain putih ketika masuk ke bilik jenazah...Air mata x dapat aku bendung lagi...keadaan terasa sangat pilu....Melihat anak kecil yang berlarian...menambahkan pilu lagi hati kami...Anak2 itu adalah anak temanku itu...dia meninggal setelah melahirkan anak nya yang ke 4... Bagaimanalah nasib anak2 itu membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.... Ya Allah...Kau tempatkanlah temanku itu di kalangan hamba2 mu yang beriman.... Amin....

Tuesday, October 20, 2009

Kenduri Akikah....

Haaa...ni pasal kenduri akikah ariffuddin plak..Sebenarnya arif ada 2 orang lagi sepupu yang lahir hampir sebaya dengannya..Seorang Umairah yang lahir awal 2 minggu dari Ariffuddin dan sorang lagi Isyraq Najwan..yg lahir sebulan lewat dari arif..So kami ni nak buat sekali la kenduri akikah mereka pada ujung bln Dis 2008 tu kat kg suami aku di Sri Menanti, Kuala Pilah..Save budget ckit kan...Tapi xjadi plak coz kakak ipar suami aku pun pragnent gak dan due date nya dalam bln mac 2009..so abang ipar ku ajak buat sekali la ngan anak dia yang bakal lahir pada bln Mac...Jadi akhir nya kata sepakat kami nak buat kenduri akikah tu cuti sekolah bln mei 2009...
Jom la kita tgok gambar plak....Kat bawah ni la antara kenangan di hari kenduri akikah tu...


Ramai orang yang datang, kan??...Rasa cam kenduri kawin plak...Heehee...
...Wooo...mesti lah jemput ramai tu...Sekor kerbau tumbang...Ala2 kenduri kawin le tuh...



Ini lah dia arif dan sepupu2 nya...

Baru selesai kenduri nih...Pas mandi n tukar baju mereka ni pun sempatlah posing jap kat bawah kemah...

Para tetamu dah nak makan daa....Nyam..nyamm...Sedapnya...


Tengok tu...siap buat hiasan pada buai lagi....Syarat je buai tu...budak2 tu bukan nak pun tido dlm buaian tu...heheee......panas tuuu....buat kenduri tengahari le katakan....

Monday, October 19, 2009

Kenanganku...

Hai semua...
Semalam aku meng'edit' pic yang ada dalam koleksi...terjumpa plak pic ini....hehe...nak tau x pic ni adalah pic aku masa pas pantang...masa tu baru je abis pantang...tetiba jer adik aku mencadangkan agar kami gi bercuti ke Port Dickson....mulanya mak aku x bersetuju....ye la..aku kan baru je abis pantang...xkan nak gi jalan dah...paling tidak pun mesti sampai 100 hari...tp aku dah tak sabar dah nak kuar rumah...boringnya duk saje kat umah dah x terkira lagi...so..mak terpaksa setuju...
kami duduk jer kat peti pantai tu...mak aku x bagi jln2 sgt...aku x kisah dah...yg penting dah kuar dari rumah....heheee....legaa...


Wednesday, October 14, 2009

Raya lagi.....

Antara koleksi2 gambar raya kami tahun ini....
Tema kami hijau pucuk pisang tahun ni...hehee....Ada lagi pic yang lain tu....tapi sumer dlm kamera saudara aku yang lain....
blum sempat lagi nak minta...

Petua lah pulak....

Petua Tercekik Tulang

Aku datang dari keluarga yg besar... 16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi.. (rujuk ustaz) lalu ada yg sound :

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."

"tak baik lutut tinggi pada makanan.."

" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen... aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf : sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. - Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!!

tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja.. bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie :

"Allahummabariklana (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer :

"Bismillah, barkatillah."

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

aku kata : "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5... oh.. tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

Diorang tegur : "essh..pengotor betullah"

Aku kata : "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!" (tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!" - tanya diorang pada aku..

"Makan ayam sedap sampai ke kaki.... makan sate sedap sampai ke lidi he he heh" - kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan.. err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?

Abang aku kata : sebab tengkuk lembu berat....bla bla bla..

Aku kata : "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!! (tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung : "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne? ..cakap terer.." (kata abang aku)

Aku kata : "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat.. tapi masih tak jadi..

Aku kata : "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata :

"Sekarang sebut : SUPERMAN RETURN!!!!!! " HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar.. semuanya dari Allah!!! he he he... selamat mencuba, ni bukan hadith, just pengalaman.

PS : sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (superman pun akan jadi mayat).

Tuesday, October 13, 2009

Anakku Ariffuddin


Hai semua.....bila menulis dalam blog ni mula la aku akan teringatkan anak ku yang sorang tu... Masa bulan pose hari tu dia demam panas... Panas sungguh..hingga aku dan suamiku mengambil keputusan utk hantar dia ke hospital, padahal masa tu dah pukul 12 tengah malam... Tp alhamdulillah...2 hari lepas tu dia beransur baik...Almaklum la..pengalaman pertama menghadapi anak yg kena demam panas...gelabah betul bila tengok dia menggigil2 bila kami mandikan dia... Rupanya dia demam nak tumbuh gigi...lepas raya ni baru aku perasan yang gigi atas dia dah tumbuh...Heheee......Yang lucunya giginya tumbuh cuma sebatang.....

Kisah dihari raya....


Salam aidilfitri ku ucapkan kepada semua teman2...rasanya lum terlambat lagi kot nak ucap salam aidilfitri ni kan...Tahun ni aku berasa amat gembira kerana tahun pertama beraya sebagai seorang ibu...putra ku Muhammad Ariffuddin ni yang nak masuk setahun, agak lasak sekarang...kira mencabar gak la nak jaga dia...lagi2 semasa pergi beraya di rumah saudara mara dan teman2...Fuh...Nasib baik la adik2 ku ada...kira aku ada assistant la nak jaga arif....


bersama sepupu ku....anak kami sebaya...cuma arif lahir lewat dua bulan jer...

Friday, October 2, 2009

Hari Pertama bergelar Ummi....

Hai sumer....
Alhamdulillah.....Muhammad Ariffuddin selamat dilahirkan pada 30 Oktober 2008 di hospital Temerloh, Pahang pada pukul 1.04 pm....
Segala kebesaran tuhan dapat dirasakan apabila aku menatap wajahnya...
Jutaan syukur tak terhingga kupanjatkan keradrat Ilahi kerana aku selamat melahirkan bayiku yang comel ini....setelah mengharungi saat2 getir didalam bilik bersalin selama 12jam....
29 Oktober 2008 (Rabu) - Aku mengalami demam ringan..tp badan rasa lemah..mungkin kerana tengah mengandung agaknya..suami ku berkeras agar aku mendapatkan rawatan ke klinik..dia gak bimbang ttg kesihatan baby dlm perutku... Mana tak nya aku ada dengar wanita mengandung yg demam akan memberi kesan keatas bayi yang dikandunginya...Ish...risau x terkira lagi...Tp hari rabu tu aku gi kerja gak kerana k.Ita jugak x sihat..so xde orang nak uruskan kelas...Petang tu secara kebetulan aku kena gi klinik untuk check perut...alah cam biasa le rutin ibu2 yg mengandung ni...kena selalu ngadap nurse kat klinik tu...masa tu la nurse yg check aku tu ckp aku demam agak kuat gak...pastu doktor plak scan perut aku...doktor tu kata gerak jantung baby dalam perut ku ini x stabil...terlalu laju...mungkin effect dari aku yg demam ni agaknya...terus aku disuruh utk bt pemeriksaan sekali lagi di hospital Bentong. Alhamdulillah la hospital memang dekat dengan tpt kerja ku...
Cam biasa ler aku terus kena tahan wad...masuk air...kena mkn ubat demam...Aku call suami ku...Seperti yg dah aku duga dia agak terkejut..mungkin dia gak x duga aku sampai kena tahan wad.... Jam 8.30 mlm nurse dtg lg utk check suhu badan aku dan gerak jantung baby...alhamdulillah suhu badan aku dah normal...tp gerak jantung baby lum normal lagi...so mereka terus call hospital termeloh tuk transfer aku ke sana...aku pun call suami ku suruh dia siap2kan apa2 yg patut coz aku nak gerak dah ke H.Temerloh mlm tu... Hati ni takut x terkira..yelah mana x nya..orang xde pengalaman bersalin..mcm2 yg terfikir...tp aku lum ada rasa sakit2 lagi...apatah lagi tanda2 nak bersalin...klau ikut due aku bersalin 3 November...kira ni awal dari yang sepatutnya...
Pengalaman naik ambulan sangat menakutkan bagi aku....laju betul ambulan ni dalam hati ku...aku doa moga cepat sampai...
Jam 12 mlm aku dimasukkan ke bilik bersalin...macam2 wayar diorang lekat kat perut aku...bayangkan la aku x bleh kemana2 walawpun utk ke toilet...bila dah masuk air ni faham2 je la...kerap la aku rasa nak buang air... Syukur lah aku ditemani suami tercinta dan 2 orang nurse practikal yg muda2 lagi dari ku...diorang la yg banyak tolong aku...Terima kasih ye...Jasa mu tetap ku kenang hingga akhir hayat......
Jam 6 pg aku dah mula sakit2 yg agak kuat...Ya Allah bantulah hambaMu ini...Tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya...Sakit x terkira...Alhamdulillah...Jam 1.04 pm...bayi lelaki seberat 2.76kg selamat lahir.......












LinkWithin

Related Posts with Thumbnails