Followers

Thursday, October 22, 2009

Menu Hari ini.....

Hari ni aku pose...dlm kepala ni mula la fikir apa menu nak masak hari ni tuk berbuka nnti.....cari punya cari aku pun jumpa ler satu menu ni...heheee...mcm best jer...mari kita tengok.....


PIZZA KENTANG/ KAMPUNG
Sumber: Kak Browneyes

Bahan-bahannya:
  • 600 gram kentang, dibuang kulit dan dipotong dadu. Kentang direbus dengan sedikit garam. Jangan rebus terlalu empuk, angkat dan kemudian toskan.
  • 500 gram daging cincang, disangar
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit halia




C
ara membuat :
  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar.

  2. Campurkan rempah kari daging dan tumis sehingga naik minyak.

  3. Kemudian masukkan daging, garam dan serbuk perasa dan masak sehingga ia kering.

Bahan-bahannya:
  • 1 tin kacang peas
  • 2 biji bawang besar kuning (bawang jepun), dipotong bulat
  • daun sop dan daun bawang dihiris
  • 2-3 biji tomato, dipotong bulat
  • 1 tin cendawan butang, dihiris (optional)
  • 1 botol (340 gram) sos cili
  • 15 biji telur, dipukul
Cara membuat:
  1. Gunakan loyang 10 x 10 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas kertas timah (aluminium foil) dan disapu mentega lagi diatas kertas timah.
  2. Kentang yang telah direbus ditabur rata didalam loyang dan biarkan tabur serapat mungkin.
  3. Kemudian tabur daging yang telah disediakan dan ratakan dan tekan sedikit.
  4. Lapiskan pula dengan dengan kacang peas, daun sup/ daun bawang dan tekan sedikit biarkan ia mampat.
  5. Taburkan cendawan butang dan tekan lagi agar ianya kemas.
  6. Kemudian aturkan bawang berselang seli dengan tomato.
  7. Tuang sos cili tadi diatas sehingga habis. Kemudian curahkan telur yang telah dipukul diatasnya dan biarkan selama 10 – 20 minit agar telur tadi meresap betul.
  8. Kemudian barulah dibakar pada suhu 180’C selama 1 jam. Biarkan pizza betul-betul sejuk baru dikeluarkan dari loyang. Kalau nak cepat sejuk, letakkan ia dalam dulang yang diisi degnan air dan air batu.

Tapi bila abis jer aku baca semua bahan2 dan cara memasaknya nampaknya aku terpaksa la membatalkan hasratku itu....huhuhuuuuu...umah aku lum ada oven la....cemana nak bakar pizza tu....tunggu pas aku beli oven dulu ler jawabnya....

1 comment:

atie said...

Sedapnya rose...buatlah nanti bawak gi sekolah yer,,,,hihi.Sila ambil award kat blog kaktie ye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails